10 Usahawan Berjaya dalam Bidang Pengangkutan di Malaysia

1. Tan Sri Anthony Francis Fernandes -Pengasas Tune Air Sdn Bhd 


Beliau lahir 30 April 1964; juga dikenali sebagaiTony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang".Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.



Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain. Fernandes berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen.“Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet.



Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton (di London) dan menghabiskan masa selama dua hari di sana” Katanya, setelah kembali ke Malaysia, beliau telah menyatakan hasratnya itu untuk menubuhkan syarikat penerbangan kepada kawan rapatnya (Datuk) Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan dan kini menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia. Kamarudin bersetuju untuk bersama dan kami kemudian mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM1 juta sebagai modal permulaan. Kemudian, mereka menemui Datuk Pahamin Ab. Rajab untuk meminta bantuan mendapatkan lessen penerbangan. Menurut Fernandes, Pahamin kemudian mengatur temu janji dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.



 “Dalam pertemuan itu, Tun Mahathir telah memaklumkan bahawa lesen syarikat penerbangan tidak lagi dikeluarkan dan jika kami berminat, kami diminta mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang ada ketika itu. Atas jasa Pahamin itu, Fernandes berkata, beliau telah mempelawa Pahamin menjadi rakan kongsi. Fernandes dan rakan-rakan kongsinya itu kemudian mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd. daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd., pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep tambang murah. Ketika mengambil alih Tune Air, mereka juga terpaksa mengambil alih hutang tertunggak syarikat tersebut dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd. dan Petronas yang berjumlah RM20 juta, katanya. Mereka diberi tempoh 6 bulan untuk melunaskan hutang tersebut.


Menurut Fernandes, penyelamat mereka ketika itu adalah kontrak AirAsia dengan Tabung Haji yang diwarisi daripada DRB-Hicom, yang menjana keuntungan kepada AirAsia. Beliau berkata, keuntungan daripada kontrak AirAsia itu telah digunakan untuk membayar balik hutang tersebut. Fernandes berkata, kejayaan AirAsia bukan sahaja merupakan manifestasi kejayaan negara tetapi merupakan simbol kejayaan masyarakat majmuk dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan.Fernandes juga bangga kerana kejayaan AirAsia adalah atas sikap berdikari dan tidak bergantung kepada subsidi kerajaan.


2. Syed Azhar Syed Nadzir - Peneraju Perkhidmatan Bas KL Hop-On-Hop-Off


Perkhidmatan bas double-decker di Kuala Lumpur itu dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir. Syarikat itu ditubuhkan pada 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram Ramli. Syed Azhar berkata, penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan perkhidmatan bas KL Hop-On-Hop Off dilihat sebagai tepat pada masanya sempena Tahun Melawat Malaysia.Berkonsepkan `hop-on-hop-off’, pelancong atau penumpang bas boleh naik dan turun di mana-mana laluan dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 jam. Idea untuk memperkenalkan konsep bas ini di Malaysia tercetus ketika Syed Azhar tinggal di London.Beliau pernah terfikir untuk bawa balik konsep bas seperti itu ke Kuala Lumpur (KL).


Sekembali ke Malaysia pada 2005, Syed Azhar mula merencanakan strategi bagi menjalankan perniagaan bas bertingkat di KL. Pada awal penubuhannya, syarikat membeli empat bas yang dikeluarkan peneraju dalam pembuatan bas dan trak, Scania Chasis And Engine dari Sweden.Bagaimanapun, badan bas itu dipasang di Malaysia dengan reka bentuk terkini untuk memberikan keselesaan dan perjalanan menyeronokkan kepada setiap pelancong. Sebelum pelancaran rasmi KL Hop-On Hop Off, banyak publisiti dibuat bagi tujuan promosi dan memperkenalkan perkhidmatan bas bertingkat itu di Malaysia. Sepanjang perjalanan menggunakan bas ini, pelancong akan diberi penerangan mengenai sejarah mengenai tempat menarik yang dilalui bas ini, sejarah serta kejadian yang pernah berlaku di Kuala Lumpur dalam sembilan pilihan bahasa.



Perkhidmatan itu disasarkan kepada pelancong asing, ia kini akan diperluaskan kepada pelancong tempatan. Bagi Syed Azhar, KL Hop-On-Hop-Off bukanlah perkhidmatan bas biasa, sebaliknya ia memberi pengalaman pengembaraan di Kuala Lumpur tanpa henti dan mampu menjadi saluran terbaik kepada pelancong untuk meneroka KL pada harga yang rendah.

 3. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh - Pengasas Sani Expres


Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33 yang memiliki Sani Express.Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.


Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi.Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri.Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.



Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan. Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan pern

iagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya. Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri.Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta. Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap.Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.


Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja. Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan. “Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya. Sani dianugerah usahawan muda berjaya KPTM.



“Saya nak ubah persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa pengangkutan bas adalah pengangkutan untuk orang golongan bawahan dan oleh sebab itu berazam untuk meningkatkan taraf pengangkutan sekarang kepada keadaan yang lebih tinggi,” kata usahawan muda, Wan Mohammad Sani Datuk Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd ketika sidang media selepas menerima Anugerah Usahawan Muda Berjaya Kolej Politeknik Mara (KPTM) 2011. Katanya, setakat ini permintaan semakin baik daripada pelancong asing yang menguasai 95 peratus daripada penumpang bas itu.


4. Tan Sri Dato' Loh Boon Siew - Pengasas Boon Siew Honda


Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu.Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya.Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan.Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas.



Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula.Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan.Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British. Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin.



Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum

pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini.Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit.Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu.


Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

5. Dato' Ahmad Kemin - Pengasas Mutiara Motors Sdn. Bhd 


Usia yang semakin menginjak ke-63 tahun bukan alasan bagi usahawan berjaya, Datuk Ahmad Kemin untuk bersara daripada syarikat yang diasaskannya, Mutiara Motors Sdn. Bhd. (Mutiara Motors). Sebaliknya, menurut beliau, usia yang semakin matang itu sentiasa mencabarnya untuk terus mengembang dan mengukuhkan Mutiara Motors sehingga ke tahap tertinggi. Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu mengakui telah menyerahkan kesemua operasi dan pengurusan syarikat kepada tiga anaknya yang menjadi pewaris Mutiara Motors.


Meskipun demikian, Ahmad masih kekal bertindak sebagai pengawas untuk memastikan pewarisnya mengikut landasan yang betul dalam mengendalikan perniagaan yang diusahakan hampir 30 tahun itu. Ahmad akui walaupun hanya memantau perniagaan itu namun beliau amat tegas dengan anak-anaknya untuk memastikan perniagaan itu dapat diwarisi oleh keturunannya pada masa depan. ''Saya amat tegas dengan anak-anak. Walaupun mereka anak saya tetapi di pejabat mereka adalah pekerja, selepas jam lima kami akan berbual dan berbincang seperti anak beran

ak.


''Saya tidak pernah membenarkan anak-anak saya hanya bekerja di dalam bilik penghawa dingin tetapi mereka juga perlu merasai kehangatan bekerja di luar pejabat seperti kakitangan lain. ''Pendekatan saya ini memang keras tetapi di sebalik hati kecil ini, saya mahu memastikan mereka tidak terlalu selesa dengan kedudukan dan kesenangan. ''Saya tidak mahu apabila saya tiada lagi Mutiara Motors akan hancur kerana syarikat ini adalah untuk cucu-cicit saya,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini. Ahmad berkata, biarpun persaingan dalam industri automobil semakin sengit, Mutiara Motors masih mampu menjual 90 buah kereta import, termasuk kereta terpakai, setiap bulan. Ditanya apakah teknik pemasaran yang digunakan, secara berseloroh beliau berkata: ''Percaya atau tidak, saya menjual kereta menggunakan katalog sahaja''. Beliau mengakui cara tersebut agak kolot tetapi itulah yang diamalkan dari dahulu sehingga hari ini.



''Saya akan mengambil gambar kereta yang bakal saya jual termasuk nombor casisnya dan kemudian masukkan dalam album. Kalau pembeli tanya, itulah yang saya tunjuk,'' ujarnya. Mengimbau pengalamannya, Ahmad berkata, beliau pernah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk berniaga barangan plastik di pasar malam dan kerja kilang. Katanya, beliau terlibat dalam industri automobil kerana didorong minatnya terhadap kereta-kereta mewah. Tambah beliau, pembabitannya dalam industri itu bermula dengan membeli kereta-kereta lama dan membaiki, sebelum menjualnya semula. ''Tetapi apabila AP dibuka saya mencuba nasib dan pada awalnya hanya mendapat lima AP sahaja sebelum ditambah kepada 10 AP enam bulan kemudian,'' katanya. Ditanya resipi Mutiara Motors kekal berkembang maju sehingga sekarang, Ahmad berkata, kekayaan dan kesenangan yang dinikmati perlu dikongsi bersama pekerja dan kakitangannya.



Menurutnya, Mutiara Motors sentiasa menghargai kakitangannya kerana tanpa mereka, Mutiara Motors tidak akan berdiri seperti hari ini. ''Saya memang menjaga kebajikan kakitangan dan sehingga hari ini Mutiara Motors akan menyediakan makan tengah hari kepada pekerjanya dan tiga bulan sekali saya akan belanja mereka makan di hotel. ''Saya lakukan ini untuk memastikan kakitangan saya dapat berjimat cermat dan masih mempunyai wang sehingga cukup bulan,'' katanya. Menurutnya, amalan bersedekah itu sebenarnya telah diamalkan sejak dulu lagi, semasa bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR). ''Dulu, gaji saya di JKR hanya sebanyak RM74 sebulan, mana mampu hendak bersedekah wang tetapi saya tetap akan mengasingkan beberapa ringgit setiap bulan untuk membeli gula-gula dan coklat untuk diberikan kepada anak- anak yatim berhampiran rumah. ''Mungkin wang yang digunakan itu sedikit sahaja tetapi saya percaya limpahan doa mereka membuatkan saya berjaya dan senang pada hari ini,'' katanya.


6. Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin - Pengasas NAZA Groups


Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu di Malaysia.Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979.Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya. Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil.Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan. Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor.



Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing.Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun. Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani. Alam perniagaan Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun. Beliau dinyatakan berka

ta: “Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini.Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya.” Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil.Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun.


Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual.Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut. Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4,000 orang.



Anugerah dan pengiktirafan Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif.Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut. Kematian Nasimuddin meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan). Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara lalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang, 4 Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid. Perniagaan Kumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1979, mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air.



Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu – Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor. Kumpulan itu mempunyai pembangunan hartanah — TIDI Development Sdn Bhd – dan hotel di Malaysia, dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles. Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah.



Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Bertam, Pulau Pinang. Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia. Reputasi beliau sebagai seorang usahawan unggul tidak dapat dinafikan.Beliau sentiasa memanafaatkan peluang dan mengembangkan perniagaan beliau dari masa ke semasa. Antara tips kejayaan yg sempat beliau kongsi adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa menyimpan keuntungan beliau untuk dilaburkan kembali supaya proses mengembangkan perniagaan beliau dapat dilaksanakan dengan jaya.


7. Wahi bin Abd. Rashid - Pengasas Green Matrix Enterprise


Nama Saya Wahi Bin Abd Rashid.Saya di lahirkan pada tahun 1979 di Kedah Darul Aman. Semenjak kecil keluarga saya telah berpindah ke Pahang kerana ayah ditawarkan menjadi peneroka Felda di sana. Kisah saya pada zaman kanak-kanak tidak banyak berbeza dengan anak peneroka Felda yang lain. Setiap hari saya akan pergi ke sekolah dan sekiranya cuti, saya akan membantu keluarga di ladang kelapa sawit. Sekiranya ada kelapangan, saya akan membantu ayah menguruskan bengkel membaiki kenderaan di rumah.


Syukur Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah, saya berjaya belajar hingga ke menara gading. Walaupun sudah bergelar graduan, namun saya sukar mendapatkan pekerjaan.Tidak tahan menganggur terlalu lama, akhirnya saya bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan yang terlibat di dalam bisnes kereta sewa.Walaupun memiliki ijazah, saya tidak ditawarkan jawatan sebagai eksekutif.Kerja saya adalah, tukang cuci kereta, pemandu dan jurujual di kaunter kereta sewa syarikat berkenaan. Setelah setahun bekerja dengan syarikat berkenaan, saya berasa agak malu dengan rakan-rakan universiti yang lain. Kebanyakan mereka sudah berjaya menjadi guru, pegawai kerajaan dan eksekutif di syarikat swasta.Sementara itu saya masih ditakuk yang lama iaitu pencuci kereta.


Malu dengan keadaan diri saya maka saya mengambil keputusan untuk menyambung pangajian ijazah sarjana (Master) di Universiti Malaysia Sabah.Setelah 2 tahun (2005) saya berjaya menamatkan pengajian dan ditawarkan bekerja sebagai tutor di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. KERJA KERAJAAN Buat pertama kali saya berasa seronok kerana dapat menyandang jawatan setaraf dengan kelulusan saya. Cemburu dengan kehidupan rakan-rakan yang lain yang nampak hebat, maka saya cuba memiliki apa yang mereka ada. Saya tidaklah boros, tetapi saya cuba memiliki apa yang sepatutnya saya ada. Maklumlah dah penat belajar tinggi-tinggi, mahu juga memakai pakaian cantik, berjalan ke sana-sini, beli peralatan elektrik, perabot rumah, gajet dan ehem ehem berkahwin.


Sekiranya tidak mampu membeli secar

a tunai, saya akan menggunakan kad kredit. Lama-kelamaan hutang saya semakin banyak.Setiap bulan saya sentiasa runsing memikirkan duit gaji yang semakin tidak cukup.Sampai satu tahap, saya tidak mampu membayar bil air dan elektrik di rumah. Kebiasaannya gaji saya habis licin setelah 2 minggu menerimanya, bila tidak cukup duit, saya akan menggunakan kad kredit. Maka tidak hairanlah hutang saya semakin lama-semakin banyak. Pada masa itu saya mempunyai 4 kad kredit dengan hutang sebanyak RM18,000.


Puas saya memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah tidak cukup wang. Saya cuba bekerja lebih kuat lagi, namun ia tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan saya. Pada penghujung tahun 2006, saya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan secara sambilan. Pada mulanya saya tidak tahu hendak berniaga apa. Saya mencuba berbagai-bagai jenis perniagaan.Saya pernah menjual cenderamata, pakaian berjenama tiruan, agen penjual minyak pelincir kenderaan, perladangan kelapa sawit, gerai minuman, agen hartanah dan kereta sewa.



Walau bagaimanapun hampir ke semua perniagaan itu menemui kegagalan.Hutang saya juga semakin bertambah akibat kerugian dalam setiap perniagaan yang saya ceburi.Namun saya tidak berputus asa, saya tetap meneruskan usaha mengubah nasib hidup saya. Di sebalik kegagalan semua bisnes saya, saya dapati ada satu bisnes yang nampak ada potensi iaitu bisnes kereta sewa.Rupanya baru saya sedar, peluang untuk berjaya lebih tinggi sekiranya saya melakukan sesuatu yang saya minat dan mahir.Pada tahun 2008 saya mendaftarkan sebuah syarikat kecil bernama Green Matrix Enterprise untuk menjalankan perniagaan kereta sewa.Saya mula membangunkan perniagaan itu sedikit demi sedikit.Syukur alhamdulillah bisnes kereta sewa saya mendapat sambutan.


Pada tahun 2011 syarikat saya sudah memiliki 70 buah kereta. Pada tahun yang sama saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan saya. Perniagaan saya mula mendapat perhatian daripada beberapa orang rakan dan akhirnya kami telah bekerjasama untuk membuka cawangan kereta sewa di Miri, Kuala Lumpur, Kuching, Terengganu, dan Kota Kinabalu Saya juga telah menaik taraf syarikat saya kepada Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd. Syukur Alhamdulillah perniagaan saya semakin lama semakin berkembang.

8. Hj Said - Penyedia Khidmat Pengangkutan terbesar di Melaka


“Asalnya beliau hanya seorang budak kampung yang bekerja sebagai seorang kelindan lori. Kerja beliau adalah membantu pemandu untuk memunggah barang-barang yang dibawa oleh lori. Tetapi, kerana belaiu bercita-cita mempunyai pendapatan yang lebih baik, beliau mendapatkan lesen sebagai seorang pemandu lori. Tetapi walaupun beliau sudah menjadi seorang pemandu lori seperti yang beliau inginkan, beliau terfikir berapa lama beliau mahu menjadi seorang pemandu lori sahaja. Maka berdasarkan pengalaman yang dimiliki, beliau mengambil keputusan berhenti dan membeli sebuah lori dan memulakan perniagaan sendiri sebagai penyedia pengangkutan.


Usaha gigih dan bercita-cita besar menyebabkan beliau berjaya menempuh segala halangan dan pelbagai tekanan semasa mengendalikan perniagaan beliau. Hari ini, Hj Said adalah seorang usahawan penyedia khidmat pengangkutan bumiputera yang terbesar dan berjaya di negeri Melaka. Mempunyai puluhan buah lori malahan turut melakukan perniagaan membawa masuk mesin-mesin besar dari luar Negara ke Malaysia. Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan beliau? Tanpa perlu berfikir beliau menjawap dalam perkataan yang pendek sahaja… “usaha dan disiplin yang kuat”.


9. En. Asli Bin Ngah - Usahawan Perkhidmatan Van Sewa



Dalam mencari dan mencedok pengalaman dari pelbagai bentuk perniagaan yang diceburi oleh usahawan, Majalah Sokmo telah menemubual seorang usahawan yang mengusahakan agensi pengangkutan.Beliau ialah En. Asli Bin Ngah atau nama panggilan pelanggannya Pak Asli. Menurut Pak Asli, perniagaan beliau telah diusahakan selama 12 tahun. Bermula pada tahun 2000, beliau telah membeli sebuah van untuk disewakan. Berkat kesabaran beliau dan usaha beliau mengembangkan perkhidmatan beliau kini beliau telah memiliki 18 buah kenderaan. Antara kenderaan yang disewakan ialah van dengan 8 dan 14 tempat duduk, kereta seperti

Alza, Kancil, Waja dan sebagainya.


Menurut beliau, sepanjang mengusahakan perniagaan tersebut, cabaran utama yang dihadapi ialah saman trafik.Oleh kerana maklumat saman lambat diperolehi, penyewa tidak mengaku dan enggan membayar saman tersebut. Dari segi sambutan pula, menurutnya di awal bulan ramai pelanggan melanggan kenderaan beliau. Pendapatan kasar sebulan sewaan secara puratanya RM14,000 sebulan. Namun begitu kosnya seperti bayaran ansuran dan cukai jalan menjangkau RM 12,000 sebulan.

10. Pn. Hjh Sairah - Pengasas Sairah Expres




Syarikat Sairah Expres telah mula menjalankan operasi bermula tahun 1994 di sekitar Sabah.Pengasas dan penggerak syarikat ini ialah Pn. Hjh Sairah bersama suaminya.Berbekalkan semangat ingin maju sebagai sebuah syarikat bumiputra yan

g berdaya saing, pengurusan syarikat telah membuat pelaburan dan ketersediaan menanggung risiko dengan membeli SCANIA BUS. Ternyata dengan sokongan rakan rakan dari SCANIA(M), langkah ini adalah yang terbaik bagi perkembangan syarikat.