10 Produk RnD

Produk: Cilibangi’ - sos cili

Hasil kerjasama degan saintis pembiakbakaan Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri.
Produk yang dihasilkan daripada cilibangi adalah seperti sos, pencicah, jeruk Cilibangi dan anak pokok Cilibangi beserta baja. 

Info lanjut sila Hubungi: Puan Sharifah Nur Rahimah
Alamat: Cilibangi House di Bangunan Wawasan, kampus UKM, Bangi
Tel: +603 55xxxxxxx
Website: www.cilibangi.com 

Sumber : http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/1306-two-ukm-rad-products-received-overwhelming-support-at-maha-2012.html?tmpl=component&print=1&page=

Produk: 1 Plus 1 – From Rubber Wastes into 2 Novel Products” - Penjerap minyak beasas getah
 Produk ini dihasilkan menggunakan satu bahan khas bersama bahan buangan getah yang banyak terdapat di negara ini dengan kosnya yang efektif yang berupaya menjadi kaedah terkini dalam mengatasi masalah tumpahan minyak di atas lantai dan di dalam air. Ia adalah penyelesaian terbaik untuk pembersihan tumpahan minyak di kawasan sesak dan sempit seperti gudang dan kilang, stesen minyak bengkel kereta, industri petrokimia dan perkapalan dan tempat-tempat yang lazim mengalami tumpahan minyak.

Info lanjut sila Hubungi: Profesor Hanafi Ismail
Alamat: Universiti Sains Malaysia (USM),
Tel: -
Emel :-

Produk: Loveme Water Closet - Tandas pintar

 Memiliki pelbagai ciri istimewa yang menekankan aspek kebersihan dan praktikaliti. Lebih menarik lagi, fungsinya mampu menepati keperluan pengguna lelaki dan wanita.

Info lanjut sila Hubungi: Sazrinee Zainal Abidin. 
Alamat: Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM 
Tel: xxxxxxx 
Emel: xxxxx@upm.my 

 Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm#ixzz2xspEuJN4 © Utusan Melayu (M) Bhd

Produk: U-chair - kerusi pintar 

Dihasil menggunakan material seperti plastik yang menepati spesifikasi industri dengan kerangka besi dan dipasangkan bersama koputer. U-Chair mula dibina sejak bulan Mei 2007. Mengaplikasikan komputer pintar (Smart PC), produk ini dijangka dipasarkan menjelang tahun 2010. U-Chair membolehkan pelajar memuat turun segala nota daripada pensyarah, menghantar emel dan sebagainya. 

Info lanjut sila Hubungi: Firdaus Zulkifli
Alamat: Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM 
Tel: -
Emel: -

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm#ixzz2xspEuJN4

Produk: Kenderaan cekap tenaga - Prototaip 

Motosikal kuasa tinggi tiga roda ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Konsep motosikal yang hampir menyamai reka bentuk ‘superbike’ tiga roda terkenal, Can-Am Spyder itu dipertontonkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS13). Motosikal yang masih belum diberikan nama lagi itu dibangunkan sepenuhnya oleh tenaga kerja tempatan dan baru saja disiapkan awal bulan ini. Pembangunan motosikal konsep ini mengambil masa selama tiga bulan iaitu sebulan bagi proses mereka bentuk dan dua bulan lagi diambil bagi proses fabrikasi. 

Info lanjut sila Hubungi: , Khairil Adri Adnan, Ketua Eksekutif DreamEDGE Sdn Bhd 
Alamat: DreamEDGE Sdn Bhd 
Tel: -
Emel: -

 Sumber : http://www.koridorutara.com.my/news/2013_nov/Nsroom_3_25nov13_1.html

Produk: Pelembab bibir biji getah - Night Lip Moist Natural Colorant & Omega 3 

Produk ini hasil cetusanidea Dr Siti Hamidah Mohd Setapar, Lee Nian Yan, Wong Lee Peng dan Zuhaili Idham. Pelembab bibir ini merupakan pelembab bibir yang pertama dihasilkan daripada tumbuhan semula jadi yang tidak memberi kesan negatif kepada penggunanya. Penyelidik menggunakan biji getah yang mengandungi omega 3 yang diketahui memberi manfaat kepada manusia. Selain biji getah, tumbuhan seperti rozel dan mulberi turut digunakan dan diekstrak untuk menghasilkan warna semulajdi. Antara kelebihan pelembab bibir ini adalah berupaya melembapkan bibir dengan lebih berkesan dan melindungi daripada persekitaran yang merbahaya. Produk ini juga dapat membaiki dan menyembuhkan bibir yang luka dan kering selain mengurangkan kemunculan garis halus serta membuatkan bibir lebih mulus dan lembut. 

Info lanjut sila Hubungi: Dr Siti Hamidah Mohd. Setapar 
Alamat: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
Tel: +607 55xxxxxxx 
Emel: xxxxx@utm.my 

Sumber : Akhbar Kosmo 15 Okt. 2013 Produk: Ubat penyakit barah - Ekstrak Misai Kucing

Antibarah ini dihasilkan daripada misai kucing. 

Kandungan kalium iaitu unsur logam boleh digunakan sebagai penawar untuk sakit batu karang, kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Kelebihan misai kucing ini diperluaskan dengan menjalankan kaedah pengekstakan lampau gentian karbon dioksida iaitu satu teknik menghasilkan ekstrak standard. Ekstrak yang dihasilkan ini bukan sahajaboleh dipasarkan untuk industri farmaseutikal atau kosmetik malah boleh diproses lebihlanjut untuk menghasilkan bahan kimia yang dikenali sebagai "Sinensetin" . Sinensetin ini mempunyai beberapa bioaktiviti yang baik seperti antifungal, antimutagenik, antikanser dan antiiflamatori. Ujian klinikal terhadap beberapa tikus putih membuktikan bahawa produk antibarah ini sangat berkesan pada manusia. 

Info lanjut sila Hubungi: : Prof. Madya Dr. Mohd Azizi Che Yunus 
Alamat: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
Tel: +607 55xxxxxxx  
Emel: xxxxx@utm.my

Sumber : http://www.news.utm.my/2013/11/utm-hasil-produk-antibarah-daripada-misai-kucing-kosmo-21-nov-13/

Produk: pengcas solar Greenfinity-x

Alat itu bukan saja mampu mengecas telefon bimbit malah tenaga keterbaharuan di simpan dalam bateri kecilnya mampu digunakan untuk memasang lampu kecil dan boleh membekalkan tenaga menggerakkan peralatan elektronik kecil. 

Info lanjut sila Hubungi: Prof Madya Dr Nowshad Amin 
Alamat: Prof Madya Dr Nowshad Amin daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM 
Tel: +607 55xxxxxxx 
Emel: xxxxx@ukm.edu.my 

Sumber : http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/1306-two-ukm-rad-products-received-overwhelming-support-at-maha-2012.html?tmpl=component&print=1&page=

Produk: Penyerap hentakan - Shock Absorber Replacement Apparatus (SARA) 

SARA merupakan satu teknologi menarik yang memperkenalkan mekanisme baru untuk mengganti penyerap hentakan dengan kaedah meminimumkan tenaga kerja, meningkatkan tahap keselamatan serta menjimatkan masa. Alat tersebut bukan saja mudah digunakan, tetapi juga boleh diaplikasikan pada semua jenis kenderaan ringan. 

Info lanjut sila Hubungi: Dr Ahmad Jais Alimin 
Alamat : Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Tel: +607 55xxxxxxx 
Emel: xxxxx@uthm.edu.my 

Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0426&pub= Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm

Produk: Biodiesel - Multi feedstock 

 “ Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya mengahasilkan biodiesael dari sumber alternatif yang bukan berasaskan makanan seperti minyak jarak pagar (Jatropha curcas) bintangor laut (Callophylum innophylum L.), perah (Elateriospermum tapos) serta bahan buangan industri (industry effluents). Semenjak tahun 2008 lagi, FRIM telah mula menjalankan aktiviti R&D yang menjurus kepada pencarian alternatif kepada minyak sawit sebagai sumber penghasilan biodiesel yang tidak berasaskan makanan Dianggarkan sebanyak 120 ribu liter adunan biodiesel B5 akan digunakan dalam setahun di FRIM. Ini akan menyumbang kepada penjimatan hampir 6,000 liter diesel fosil setahun dan pengurangan kadar pembebasan CO2 sebanyak 4% atau 16,000 tan CO2 setahun.

Info lanjut sila Hubungi: Dato' Dr Abd Latif Mohmod (Ketua Pengarah FRIM) 
Alamat: Xtract Tech Sdn Bhd 
Tel: +603 55xxxxxxx 
Emel: xxxxx@frim.gov.my 

Sumber : Posted by Corporate Management Unit on Okt 25, 2011 in Berita & Artikel